Labels






Baby & Mama

Ceritaku....

Gambar alya tidur.. 6:31 PM

Mama memang suke ambik gambar Alya mase die tgh tidur...Ni adelah gambar terbaru Alya mase berumur 2 bulan...berat pun dah 5.1 kg. Suke sgt tgk gambar Alya mase tgh tidur tenang je...buat mama die pun nak tidur sekali. He22!!

Akikah... 3:49 PM





Alhamdulillah...Genap Alya berumur 30 hari diadakan majlis akikah utknye...dengan menyembelih seekor kambing.



HIKMAH AKIKAH


Akikah mengandungi beberapa hikmah, antaranya:
i) Sebagai tanda kesyukuran kita kepada Allah kerana telah mengurniakan anak.

ii) Untuk mengisytiharkan kepada masyarakat umum tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah.

iii) Untuk memulakan kehidupan anak dengan perkara-perkara kebaikan.

iv) Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli-ahli masyarakat dengan keluarga yang dikurniakan anak.

v) Melahirkan rasa kegembiraan kerana mendapat zuriat yang menepati sunnah Rasulullah.


PENGERTIAN AKIKAH

Pengertian akikah ialah sembelihan binatang an'am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah.
Hukum akikah ialah sunat muakad bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.




Waktu akikah adalah dari hari kelahiran kanak-kanak itu sehinggalah ia baligh. Masa yang paling afdal untuk melakukan akikah adalah pada hari ketujuh kelahiran kanak-kanak itu.




Syarat-syarat akikah:
Berniat akikah ketika menyembelih.Hendaklah binatang tersebut tidak ada cacat yang boleh mengurangkan dagingnya serta sampai umur.



CARA MELAKUKAN AKIKAH
Berdoa semasa hendak menyembelih:
Yang bermaksud: "Dengan nama Allah, Allah Maha Besar. Ya Allah, binatang ini daripada-Mu dan kembali kepada-Mu, ini akikah …" (menyebut nama anak).-Menyembelih ketika matahari sedang naik. -Daging akikah dimasak terlebih dahulu sebelum disedekahkan. -Tidak mematah-matahkan tulang-tulang daripada binatang akikah, hanya mencerai-ceraikan sendi-sendinya.-Menyedekahkan daging akikah kepada fakir miskin.-Memasak daging akikah dengan cara gulai manis untuk dihidangkan kepada tetamu


persiapan









Alya...shopping?? 12:06 AM


Lepas dah abis pantang hari tu, hubby bawak balik rumah. Dapat mesej dari JJ, ade hari Jcard kat Jusco Sunway Pyramid pade 25 Jun. Ape lagi terus la ajak hubby pergi dgn alasan nak beli baju utk baby Alya. Kirenye ni kali pertame la bawak Alya jalan-jalan. Di samping tu boleh la test stroller yang dah lame beli tu...he2!!

Nak pergi siang x boleh sebab hubby kerje so tunggu hubby balik kerje la...Kul 8++ pm baru bertolak dari rumah. Dekat pukul 9pm baru sampai. Mase dalam kerete, Alya hisap susu dan tidur...tapi bile dah sampai, besar je matenye. Harap2 die x nangis la nanti mase tgh shopping.
Sampai je Jusco terus pergi kat bahagian baby, orang masih ramai lagi. Baby Alya macam suke je duk dlm stroller tu...suke agaknye die tengok ramai orang. Yelah, kali pertame pergi ke tempat mcm tu...Sampai kul 11 duk kat situ, die ok je.

Nilah gambar Alya dlm strollernye..

My little princess... 11:33 PM

Inilah gambar babyku....Kurniaan yang terindah buatku dan suami...

Nama : Nur Alya Sofia
Tarikh lahir : 8 mei 2009
Mase lahir : 7.32 pm
Berat : 3.8 kg
Panjang : 47 cm


Ni gambar pertame yang diambil selepas dilahirkan...gmbr tgh nangis je sempat ambil


Hari ke 2, muke dah x berape merah sangat. kat hospital lagi ni..


Yang ni hari ke 3, muke pun dah berubah sikit..Ni dah kat rumah


Hari ke 4..mate pun dah bulat je.

Hari ke 5...tembamnye..