Labels






Baby & Mama

Ceritaku....



Lilypie Kids birthday Ticker
Saat2 melahirkan... 12:04 PM

Actually aritu mama dah overdue selama 8 hari, disebabkan doktor bagi tempoh lagi seminggu jadi 7hb tu nak pergi hospital la menyerah diri untuk diinduce. Tapi sebelum pegi hospital, bertolak dari rumah pukul 9 pagi pergi dulu shopping kat Jusco IOI Mall sebab ade hari Jcard lagipun saje nak hilangkan rase takut nak bersalin. Hubby yang shopping sakan, mama dah xde perasaan nak shopping tapi beli jugak 2 pasang baju untuk baby. Dalam kul 1145 pg baru keluar dari mall tu nak ke hospital KPMC...x jauh la dari mall tu. Lepas doktor check dah bukak 2 cm je doktor kate x sempat utk bersalin hari ni sebab dah lewat. X pasal2 kene charge lagi...disebabkan x rase ape2 lagi pegi semula shopping sampai kul 5 ptg. Mase tu mcm dah rase sakit sikit2. Malam tu mama dah rase contraction disamping ade lendir yang sgt besar keluar, terkejut jugak mama. Tidur pun lena x lena je. Hubby dah suruh sediakan ape yang patut kot2 dah masenye nak bersalin.

Pagi tu (8 mei 2009) gi hospital semula. X best laks rasenye sebab mcm x surprise je nak bersalin. Pagi2 dah sampai hospital terus masuk labour room, dgn beg2 sekali bawak masuk sbb bilik x siap lagi. Hubby pun lepak sekali kat dalam. Lepas tukar baju semua sementara tunggu doktor dtg, nurse nak bagi ubat utk buang ape yg patut..he2!! tapi mama xnak..bgtau die nak try 'membuang' sendiri...Nasib baik ok. Smlm mase berbincang dgn doktor die cadangkan ambik epidural sbb baby besar dan kedudukan kepala yang masih jauh takut mama berputus asa utk meneran nanti memandangkan ni anak pertame. Tapi pagi tu bile doktor dah dtg mama mcm berbelah bagi laks nak ambik ke tidak. Nurse cube memujuk bgtau patient kat sebelah pun ambik suntikan epidural tu. Lepas berbincang balik dgn hubby, decide utk ambik jelah.

Dalam pukul 9 pg doktor dtg untuk suntikan epidural, sakit la jugak kene cucuk kat belakang tu. Hubby pun x sanggup tengok. he2!! Then dalam kul 10 pagi barulah doktor bersalin tu dtg untuk check bukaan serviks...Dah terbuka 3 cm je...lepas tu doktor pecahkan air ketuban die kate nmpk dah x bersih sbb baby dah 'berak'...Lepas dimasukkan ubat utk induce, mase hubby pergi solat jumaat dalam kul 2 pm baru terase contraction. Rase sakit jugak walaupun ambik epidural ( doktor bgtau die bagi yang boleh jugak rase sakit sikit ). Selang sejam doktor dtg perikse tapi bukaan serviks still 3cm doktor kate 'poor progress'. Dalam kul 530 pm bile doktor dtg perikse lagi die kate baby dah berak sbb lendir tu dah hijau , degupan jantung baby pun dah laju sgt dan mama pun dah naik suhu badan jadi doktor terus decide utk operate sbb die kate 'no point' kalau tunggu pun. Untuk keselamatan ibu dan baby jugak. Mase tu mama dah rase sedih sgt, siap nangis lagi...nak x nak terpakse sign utk operation tu...

Lepas 'disiapkan' dalam pukul 6pm mama ditolak masuk ke bilik pembedahan. Hubby x dibenarkan masuk...mase tu lagi la sedih. Sempat say gudbye kat pintu bilik je, nurse bagi peluang utk bercakap dgn hubby tp semua perkataan dah x terkeluar mase tu...Kat dalam bilik tu, mama dah rase gerun je sebab sejuk sgt. Terdengar nurse2 kat dalam tu bercakap yang pakar bius lmbt smpi sbb' jem'..yelah waktu org balik kerje. Mama pun dah x sure kul berape mase tu tp antara 630-700 pm baru dibius. Lepas bius sbb penat terus 'pengsan' walaupun bius separuh je. Yelah kite dari pagi tadi dah penat tu yang x sedar ape. Mama tersedar pulak mase doktor tgh jahit luke sbb mcm terase je lepas tu mama terdengar sayup2 suare baby menangis...dalam hati mama berdoa agar baby semua ok lah hendaknye..Dahlah x tahan sejuk, mama genggam erat tgn nurse yang duk kat sebelah tu. Kalau hubby ade kan bagus. Nurse tu bgtau baby dah selamat nanti diorg tunjukkan ..mama sempat tanye baby ok ke tidak nurse tetap jawab nanti diorg tunjukkan baby..

Lepas dah siap semua mama keluar dari bilik pembedahan tu dalam pukul 8++ pm...Hubby dah tunggu kat luar..ayat pertame yang hubby ckp kat mama muke baby sebijik cam mama. Mama sengih je dalam keadaan larat x larat tu..he22!! Kat dalam bilik, hubby pun ceritelah detik2 mase baby keluar tu...Mase die tunggu kat luar bilik pembedahan tu, tibe2 nurse bawak keluar baby dan jerit2 panggil doktor baby bgtau baby ade problem. Hubby kate baby x boleh bernafas dan x nangis sgt. Lepas diberi oksigen barulah baby nangis. X lame lepas duduk dalam bilik, nurse dtg tanye larat x nak bf baby...Mama jawab x larat walaupun teringin sangat...Lepas tu nurse dtg balik tunjukkan baby tp kejap je sbb x mandikan baby lagi...X terluah dgn kate2 lepas tgk baby, subhanallah indahnye ciptaan Tuhan..Comel sgt tgk baby mase tu. Lupe nak bgtau, berat baby 3.8 kg...Berat sgt maklumlah mama pun naik 20kg mase mengandungkan die.

Dua hari duk kat hospital, hari ahad 10 mei dibenarkan balik. Actually hari tu birthday hubby dan sambutan hari ibu. Kirenye baby Alya adalah hadiah terindah buat mama sempena hari ibu mama yang pertame. he2!!












1 comments:

ayousha said...

pengalaman melahirkan adalah saat2 terindah bg setiap wanita bergelar ibu....tahniah buat norli....

Post a Comment